Thursday, 6 March 2014

Cerita Lawak (Pekerja Zoo)

Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform berbentuk gorila. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok. Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa. Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan. "Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya. Perlahan-lahan singa berbisik ke telinga pemuda itu . "Hey! Diamlah, kalau tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu.

Wednesday, 5 March 2014

Cerita Lawak (orang gila)

Seorang penduduk yang dikatakan kurang waras, secara tergesa-gesa pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan. Penduduk kampung mendengar azan di luar waktu mula rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid untuk menyiasat. Selepas melihat orang gila itu azan, ketua kampung menjerit "Hoi, sekarang pukul 10 pagi ni azan solat apa? Zohor pun belum masuk!" Orang gila menjawab: "Tadi azan yang betul pukul 6 pagi ada 5 orang je datang, ni azan yang salah sekampung pulak datang?" Penduduk kampung terdiam....

Cerita Lawak ( Maksud warna surat)

Ani : Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda? Ena : Surat warna Hijau Muda itu bererti Aku Cinta Padamu Ani : Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya? Ena : itu melambangkan Suasana Pilu Ani : Kalau kertasnya berwarna Merah? Ena : Asmara Yang Membara Ani : Kalau kertasnya warna Putih? Ena: Suci, Bersih dan Jujur Ani : Kalau kertasnya Kuning? Ena: Melambangkan Hati Yang Gersang Ani : Kalau Merah Jambu? Ena: Sedang Jatuh Cinta Ani : Kalau kelabu? Ena : Melambangkan Hati Yang Sedang sedih Ani : Kalau kertasnya Hitam? Ena : Itu namanya kertas karbon.. bodoh LOL!

Cerita Lawak (Pencuri kasut)

Di sebuah masjid selepas sembahyang Jumaat kelihatan seorang lelaki resah mencari sesuatu di tangga. DON : Kenapa ni Husin? SIN : Kasut aku hilang. DON : Cuba cari betul-betul. SIN : Takde.. yang tinggal selipar buruk ni je..Ishh.. kasut tu baru lagi aku beli. Baru 3 - 4 kali je aku pakai. DON : Aku rasa pencuri tu mengikut saranan tok khatib masa khutbah tadi kot. SIN : Maksud ko? DON : Ye la.. tok khatib tu kata.. "MAKA AMBILLAH YG BAIK-BAIK DAN TINGGALLAH YANG BURUK".

Cerita Lawak (alamak suami kantoi)

Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan. * Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ? * Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan. * Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita. * Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja? * Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita ? * Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak. * Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita ? * Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak. * Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita ? * Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan. * Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ? * Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja. * Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ? * Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal ... * Isteri : ????!!!!! * Suami : ( Dalam hati ) Alamak kantoiii !!

Cerita Lawak (Anak Yang Baik)

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya.... Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna" Wanita 2: "Apakah dia merokok?" Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!" Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?" Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik" Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?" Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga" Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?" Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"

Tuesday, 4 March 2014

Cerita Lawak (Diari suami dan Isteri)

Rumitnya si isteri dan ringkasnya si suami DIARI SI ISTERI Malam minggu Die berkelakuan aneh,aku berjanji hendak berjumpanya di starbuck, tp aku terlewat sbb leka bersama teman2 aku yg dh lama x aku jumpe..sesampai di starbuck, die diam seribu bahasa..mungkin marahkan aku..aku bertanyaknnya namun die diam membisu..x bercakap.. Aku mengajaknya ke tempat yang sunyi supaya kami dapat berbincang..die bersetuju namun tetap diam membisu..aku bertanyakan sama ada aku ada melakukn kesalahan namun ringkas saja jwapannya " x der ape2 ".aku bertanya lagi apak kesalahanku namun die hanya menjawb" benda ni tiada kaitan denganmu, usahla berfikir banyak". Dalam perjalanan pulang aku tatap wajahnya dngn pnuh kasih..dan aku katakan aku sangat mencintainya namun die hanya tersenyum nipis dan diam membisu...puas aku berfikir mengapa keadaannya sebegini..mengapa ungkapan sayang aku x dibalasnya..kebiasaanyya dia pasti membalas dgn ucapan yg menyentuh jiwaku... Sesampainya di rumah dia lantas berada di hadapan tb dan langsung tiidak mengendahkanku..aku betul2 terasa kehilangannya..sedang asyik menonton tb die lantas menghilang..aku mengmbil kputusan untuk tidur..15 minit kmudian dia masuk..aku x tahan lagi aku perlu menanyakan soalan yg sejak td bermain di fikiranku..namun die terus tidur...aku mulai menangis dan sedar x sedar aku tertidur..pelbagai perkara bermain di benak fikiranku..aku x tau apa yg harus aku lakukan..hidupku terasa kosong... DIARI SI SUAMI BARCELONA KALAH!!!!BANGANG!!! P/s jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri