Blog ini menghidangkan cerita -cerita lawak,gambar-gambar lawak ,tips-tips kesihatan dan kecantikan .Tak ada kena mengena dengan yg hidup ataupun yang telah mati. Hehe >.< .Blog ini juga ada mengiklankan produk2 yang bermanfaat .Nak tahu? Jom selam blog ni . Renung2kan and selamat membaca .
Thursday, 6 March 2014
Cerita Lawak (Pekerja Zoo)
Seorang pemuda menerima tawaran
kerja daripada sebuah zoo tanpa
bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik
melaporkan diri, dia diberikan
uniform berbentuk gorila. Tugasnya
sepanjang hari ialah beraksi di
kandang gorila bagi menggantikan
haiwan itu yang mati beberapa hari
lalu. Untuk itu dia perlu memanjat,
bergayut dan berayun dari pokok ke
pokok.
Lama-kelamaan pemuda tersebut
merasa seronok dengan tugasnya.
Namun pada suatu hari minggu
yang sibuk, kerana terlalu penat
berayun, tiba-tiba tangannya
terlepas dan dia terjatuh ke dalam
kandang singa.
Apabila melihat singa
menghampirinya pemuda itu
menjerit ketakutan. "Tolong, tolong!
Aku bukan gorila, aku manusia!"
jeritnya.
Perlahan-lahan singa berbisik ke
telinga pemuda itu . "Hey! Diamlah,
kalau tidak kita berdua akan
dipecat," kata singa itu.
Labels:
lawak jenaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment